Ingat lagi my BFF yang aku cerita in my last few entries?
It seems that our closeness jadi buah mulut orang. Tak. Aku tak marah orang mengata aku. Sekurang-kurangnya bila jadi macam ni, ia jadi macam peringatan buat aku yang aku tak boleh control pemikiran orang. Aku cuma boleh control sikap aku supaya orang tak mengata aku lagi.
Dalam orang sibuk bercerita perihal aku rapat sangat dengan BFF aku tu, aku perasan takde seorang pun dari mereka yang terfikir untuk datang pada aku dan tanya sendiri betul ke tak ke khabar angin yang diorang dengar. Semuanya sibuk mengondem aku dalam surau lepas solat. (Gila, dah solat pergi mengumpat pulak. Pahala solat kau maybe negatif. Maybe.)
Tau siapa yang double confirm cerita yang diorang dengar pasal aku? Seorang.
Ye. Seorang je yang datang dan tanya aku "Eh, kau rapat betul dengan BFF (from now on I will call him Mr. B) kan?"
Thank goodness aku dah bersedia dengan soalan ni lama dulu. "Kau nampak aku rapat dengan dia pasal aku tak rapat dengan orang lain. Tapi kalau kau perhatikan betul-betul, dia sebenarnya rapat dengan semua orang"
I am one of many.
Aku introvert. Jadi aku senang ada seorang je kawan. Itu dah cukup untuk aku.
Dia extrovert. Dia suka berkawan dengan semua orang. Aku salah seorang dari kawan dia yang ramai-ramai tu. Jadi apa masalahnya?
Kenapa nak point yang aku konon ada hubungan dengan dia? Tolonglah. Aku dah tinggalkan zaman menggatal aku lama dulu. Kalau setakat lunch sama-sama dah jadi evidence aku ada hubungan dengan dia, meaning kita dulupun ada hubungan la ye, Mr. A? (Sambil pandang pada Mr. A)
Suami aku tau aku rapat dengan dia. Siap time department dinner duduk satu meja lagi. Siap aku berduet karok dengan Mr B lagu Kita Insan Biasa sebab suami aku yang suggest lagu tu.Suami aku cool. Dia percaya aku.
Yang paling best pagi ni kereta aku bateri kong and aku tak boleh drive pergi ofis. Aku call Mr B untuk jemput aku. Aku carpool dengan dia together with his fiancee. Masuk ofis saing-saing dengan fiancee Mr B. Orang kat lobi pandang kitorang dengan muka tak percaya. Apsal? Tak percaya skandal boleh jalan sama-sama dengan fiancee?
Bodoh.
But I tell you, their expressions were priceless.
Priceless.
0 bantahan:
Post a Comment