08 November 2011

Balik kampung! Ho Ho Ho Balik Kampung!

Raya Haji ni aku balik kampung dan tak buat apa-apa selain tidur.

Tidur kat rumah mak aku ni kira macam salah satu nikmat dunia. Dengan rumah kampungnya, dengan sejuknya, dengan bunyi-bunyi burung dan alam... kalau tak tau malu memang aku nk tidooo je keja.

Membazir jugak kadang-kadang aku rasa, balik kampung sekali sekala tapi bila dah sampai kat kampung, pegi bantai tido pulak. Tapi kau mana tau kau tak datang kampung aku. Even suami aku yang tak suka tido siang tu pun kejap-kejap masuk bilik sebab nak tido. Haha...

Suami aku balik kampung dia rasa apprehensive sikit. Yela, balik kampung Negeri Sembilan. Dia pulak tak tahan pedas. So dia risau sakit perut kalau makan pedas. Bagi aku agak over la dia nak risau camtu pasal mak aku tu jenis sayang menantu. Mak aku lebih rela masak kurang pedas (yang buat abah aku tak lalu nak makan) dari masak pedas-pedas yang buatkan memnatu dia tak lalu nak makan. Ye mak aku baik. Beruntung gila sapa kawen dengan famili aku.

So last-last minit tu aku beli barang nak masak spaghetti bolognese and mashed potato untuk suami aku.

Orang lain raya makan lemang, aku masak spaghetti. Western wa cakap lu. Kellas kau. Lagipun memang aku dah janji dengan mak aku, aku nak masakkan dia dua-dua ni bila next aku balik kampung. Ha kau aku masak sekali hadap je. Aku pun tak sempat nak makan banyak mashed potato aku. Sebab bagi aku spaghetti aku time tu tak sedap sangat, banyak bahan-bahan dia takde. Tapi mashed potato memang tip top. Haha sendiri masak sendiri puji. Debish tumbuk muka sendiri laju-laju.

Lepas tu mak aku tanya "Mana black pepper sauce dia?" Aku ingatkan dia tanya untuk spaghetti tu atau dia terkonpius dengan last time aku buat barbeque untuk dia. Dalam kepala otak aku puas pikir apalak spaghetti makan dengan black pepper sauce. Cara baru ke. Lepas dua tiga saat kepala aku finish loading, baru aku faham dia tanya psl gravy untuk mashed potato tu.

Oh itu bukan black pepper sauce mak. Itu nama dia mashed potato gravy. Itu along tak abes belajar lagi. Next time je la along buat yang complete punya.

Tapi aku rasa agak dewasa sebab masak dekat kampung. Mak aku pun macam impressed bila aku masak takyah kena suruh. Padahal time anak dara, hujan lebat kilat sabungmenyabung kalau tetiba aku nak masuk dapur dek punya malas tu. Haha...

And aku tengok rambutan semua dah start berbuah. Bulan depan musim buah. Komfom. Sapa nak ikut homestay kat umah kampung aku (ewah homestay konon) bulan depan, sila bagi nama kat ruangan komen. Fee semua PERCUMA, minyak tol tanggung sendiri, makan tiga kali sehari ikut meal time famili aku (ye kami makan tiga kali sehari je sebab tu kami semua slim. muahaha), tido style lambak kat ruang tamu, buah tu pun free jugak tapi pepandai la korang carik jalan nk petik sendiri, and peluang untuk kenal dengan ayam lembu kambing secara live! Mungkin korang boleh tengok babi atau monyet kalau bernasib baik sebab mereka selalu lalu time musim buah ni.

Oh mai god, masa tulis ni je pun aku dah start rindu kampung sendiri...

0 bantahan: