We were at the company's cafe having brunch when we suddenly talking about our experiences masa ambik lesen kereta. Macam biasa masing-masing cerita benda yang aku rasa biasa je. Ujian bukit paling susah la (bagi aku ujian tu kacang. Ujian parking yang aku fail. Haha dasar perempuan bimbo), polis ujian tu garang la, perangai budak-budak nervous la.
Then abang supervisor aku cerita, "Abang fail ujian kali pertama tu."
Aku bajet ujian bukit yang dia fail. Eh, apsal korang yang lelaki-lelaki ni rasa bukit tu payah bebenor ye? Bukit kembar suka, ujian bukit kantoi. Ceh buat malu kompeni betui.
Turn out he failed tang three-point-turn. Terdiam aku kejap. Eh, three-pont-turn ni bagi aku macam kalau ko amek degree, three-point-turn ni ialah time praktikal. Bodoh cemana pun ko buat keja time praktikal, ko mesti dapat A+ punya. Subjek tak mungkin fail.
"Abang pelik kenapa masa ujian tu space dia besar sangat. Masa belajar space dia kecik je jadi senang nak bajet. Jadi bila drive masuk dalam kotak tu tetiba abang blank tak ingat step seterusnya. Masa nak ingat-ingat tu polis ujian tu dah bising-bising suruh keluar. "Eh, kau tunggu apa tu? Keluar la keluar,".
"Abang pun blur-blur bukak pintu keluar dari kereta. Rupa-rupanya dia suruh keluar dari kotak tu, tapi aku keluar dari kereta. Fail lah."
Dengar cerita dia, aku gelak sampai keluar air mata.
Nasib baik aku pegang meja makan, kalau tak aku rasa mebi aku gelak sampai jatuh kerusi.
0 bantahan:
Post a Comment